Video September 2021 Tular Undang Salah Faham Orang Ramai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  menjelaskan penularan video sidang media YB Menteri Kesihatan berhubung dos ketiga yang telah tular adalah video lama pada September 2021 lepas.

Jelas KKM lagi, Video ini dipetik dari sidang media YB Menteri Kesihatan pada 20 Sept 2021 dalam rangka lawatan ke KLIA bersama Chairman MAHB DS Zambry Abd Kadir selepas meninjau perkhidmatan saringan COVID-19 di KLIA.

Video berkenaan kembali tular sejak Sabtu lantas mengundang salah faham orang ramai.

Pada waktu itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan.

“Kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6%, masih belum mencapai sasaran 90% populasi dewasa. Aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.

“Pemberian booster secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021.” jelas KKM.

Menurut KKM, pemberian dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan keutamaan pada ketika itu kepada golongan rentan terdiri dari warga emas, mereka yang ada ko-morbid dan golongan yang terdedah kepada rsiko jangkitan.

Hanya setelah majoriti golongan tersebut telah menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak. Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baru virus COVID-19, ujar KKM.

“Banyak negara yang tawarkan booster kepada populasi dewasa mereka seperti UK, US, Thailand, Indonesia, dan Singapura.” kata KKM.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat