Kestabilan Politik Peringkat Nasional Lebih Penting – PM

- Advertisement -

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kestabilan politik peringkat nasional lebih penting bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Tegasnya, perkara berkaitan keselamatan, keharmonian, dan kesejahteraan rakyat perlu diberikan keutamaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan media berkata bahawa sokongan parti itu bersama Pas terhadap kerajaan adalah bersyarat.

”tak pa, saya baca suratkhabar jadi tunggu apa sebenarnya,

“Dan kalau memang betul mereka menarik sokongan dari kerajaan, kerajaan tumbang, itu faktanya jelas,” jawab beliau.

Bukan sahaja PN, jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau UMNO menarik sokongan, kerajaan ini akan tumbang, katanya demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan hanya mempunyai lebih 4 kerusi sahaja. lebih lima ke enam orang YB tarik sokongan akan tumbang kerajaan ini. Perkara ini tidak sepatutnya timbul kerana membuat politik tanahair akan kembali bergolak serta ekonomi akan terjejas akibat tindakan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 20212022 sebanyak RM2500 kepada setiap 1157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini

Menurut Ismail Sabri lagi, berkemungkinan perbincangan akan dilakukan diantara Presiden-Presiden parti UMNO, BERSATU, PAS, GPS serta lain-lain.

“Oleh kerana perkara ini melibatkan parti, dan beliau hanya Perdana Menteri, parti akan menentukan segalanya.

“Mungkin presiden UMNO akan ‘sit down’ dengan BERSATU, PAS, GPS dan sebagainya, tapi ini terlalu awal.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat