Agong, Sultan benteng terakhir kedudukan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Orang politik hanya boleh bermain dengan sentimen dan terus berpolemik, namun hakikatnya benteng terakhir kedudukan dan kepentingan Islam adalah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, Umno akan terus mempertahankan asas-asas dan pasak-pasak ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Umno sendiri dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia hari ini.

“Alhamdulillah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) turut bersuara menempelak cadangan Datuk Ngeh Koo Ham supaya pakar bukan Islam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Khas mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

“Insya-Allah selagi ada Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan yang berkuasa mutlak dalam memelihara dan menjaga kesucian Agama Islam di Malaysia sebagaimana termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada siapa yang boleh mengancam kedudukan Islam,” ujar Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat