‘Putrajaya Steps’ Bakal Mercu Tanda Baharu Putrajaya, Sudah 80 Peratus Siap – Annuar Musa

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek ‘Putrajaya Steps’ kini hampir 80 peratus siap dan bakal menjadi bahru di Putrajaya.

Jelasnya, ianya bakal menjadi satu tarikan baru di Putrajaya yang menghubungkan Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana.

“Sudah tentu selepas SOP dilonggarkan ramai akan mencari lokasi-lokasi untuk rekreasi,riadah dan sebagainya. Tidak lama lagi anda boleh menjadikan Putrajaya Steps salah satu lokasi untuk dikunjungi.

“Hari ini saya singgah melihat perkembangan terkini Putrajaya Steps yang saya ilhamkan seperti yang wujud di negara-negara lain. Alhamdulillah kini sudah 80% siap dan bakal menjadi satu tarikan baru di Putrajaya yang menghubungkan Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana.” ujar melalui catatan Facebooknya selepas meninjau projek yang beliau ilhamkan ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang lepas.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Terdahulu, Annuar Musa pada kenyataan beberapa bulan lepas menyatakan, Kementerian Wilayah Persekutuan komited menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar rekreasi pertama di negara ini, selain sebagai pusat pentadbiran negara.

Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut akan memberi nilai tambah dan komersial kepada Putrajaya, sekali gus menjadi lokasi tarikan pelancongan dan menjana pendapatan ekonomi setempat.
Tegas Annuar, bagaimanapun pembangunan yang dirancang tidak akan menjejaskan konsep dan ciri-ciri asal Putrajaya.-SuaraTV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat