Datuk Zuraida Bakal Mentransformasikan MPIC

- Advertisement -

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Setelah beberapa hari pengumuman barisan menteri kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kita dapat melihat ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam agihan portfolio kementerian kepada beberapa pemimpin.

Antaranya adalah YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini menerajui Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, kini diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Kementerian Perladangan & Komoditi (Ministry of Plantation Industry & Commodity [MPIC]).

Industri perladangan yang pada ketika ini terkesan teruk akibat daripada pandemik Covid-19, sememangnya memerlukan seorang pemimpin yang aktif dan progresif dalam memastikan industri tersebut dapat dibangunkan semula.

Dari segi tadbir urus kebajikan perkerja sektor pertanian, jaminan bekalan makanan negara, penjualan hasil pertanian tempatan dan juga persepsi antarabangsa produk pertanian Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian di dalam memperkesakan semula industri perladangan di negara ini.

YB Datuk Hajah Zuraida yang berpengalaman di dalam syarikat multinasional sebelum menceburkan diri dalam bidang aktivisme dan politik, dijangka akan berupaya menyelesaikan permasalahan ini, terutamanya dalam hal berkaitan pembekalan makanan dalam negara dan juga usaha untuk meningkatkan imej keluaran pertanian Malaysia di peringkat antarabangsa.

Antara isu utama yang dijangka akan diberi perhatian oleh beliau adalah mengenai impak pengeluaran minyak sawit dari sudut alam sekitar yang sejak dari 10 tahun ini sering dimomokkan oleh masyarakat antarabangsa. Persepsi negatif yang dikaitkan dengan penanaman dan pemprosesan minyak sawit ini adalah seperti penghapusan hutan hujan (rainforest), penghakisan biodiversity, pencemaran air dan penerokaan tanah adat orang asli.

Perkara ini dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengan pertanian dan kesannya terhadap alam, harus dilihat dalam konteks yang seimbang supaya negara dapat mencapai keluaran produk yang berpatutan disamping berupaya untuk mengekalkan kesan yang paling minima kepada alam sekitar.

Kita yakin, YB Datuk Hajah Zuraida akan berupaya untuk mencari keseimbangan ini sekaligus akan merangka dan melaksankan polisi yang bertepatan dalam usaha untuk memajukan industri pertanian negara sekaligus meningkatkan keupayaan ekonomi di dalam sektor perladangan.

Beliau yang juga aktif di arena politik antarabangsa, terutamanya dengan penglibatan beliau di dalam Women Political Leaders, sebuah organisasi kepimpinan antarabangsa yang diasaskan di Eropah, dijangka akan berupaya untuk mengubah imej dan persepsi produk pertanian tempatan di peringkat antarabangsa.

Umum mengetahui, pada ketika ini Kesatuan Eropah (EU) amat tidak gemar dengan penggunaan minyak kelapa sawit sama ada sebagai biofuel ataupun untuk kegunaan domestik. Sudah semestinya, YB Datuk Hajah Zuraida akan mempunyai strategi beliau sendiri untuk memastikan hal ini dapat diselesaikan dengan segera bagi meningkatkan lagi jumlah export produk tersebut di pasaran antarabangsa.

Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Ampang dan juga sebagai Menteri KPKT, kita dapati bahawa YB Datuk Hajah Zuraida banyak berinteraksi dengan komuniti. Oleh yang demikian, kita menjangkakan pengedalian beliau di MPIC juga akan melibatkan komuniti peladang secara aktif. Ini merupakan berita baik untuk para pengusaha dan pekerja sektor perladangan negara kerana sudah tiba masanya suara mereka akan didengari di peringkat yang lebih tinggi.

Kemungkinan inisiatif seperti Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara yang sebelum ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada para penduduk B40 di kawasan bandar akan diluaskan lagi aktivitinya kepada para pengusaha dan pekerja ladang tempatan.

Tuntasnya di sini, kita bakal menyaksikan transformasi yang amat diperlukan di dalam sektor perladangan dan komoditi negara. Tatkala negara sedang berhadapan dengan pelbagai isu ekonomi, kita percaya, dengan adanya YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin di MPIC, ia akan meningkatkan lagi keupayaan sektor perladangan untuk membangun secara mampan dan meningkatkan lagi imej produk pertanian Malaysia di mata dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat