Orang Melayu belum boleh percaya Umno: Zahid minta A Kadir ‘duduk diam dalam bilik tidur’

PORT DICKSON – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin yang menyatakan bahawa orang Melayu belum boleh tergesa-gesa memberi cek kosong kepada Umno kerana kleptokrasi dan kakitokrasi masih memenuhi cakerawala parti Melayu itu.

Tanpa berbasa-basi Timbalan Perdana Menteri hanya meminta wartawan veteran itu supaya tidak membuat ulasan sedemikian berkenaan Umno.

“Saya ingat eloklah dia (A Kadir) duduk diam-diam dalam bilik tidurlah,” bidas Zahid ringkas.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan A Kadir yang sebelumnya menyebut, orang Melayu belum boleh percaya Umno memandangkan kleptokrasi dan kakitokrasi masih nampak jelas dalam kepimpinan tertingginya.

“Jadi, dalam kita menuju ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU ke-16, kita kena selidik dan faham sama ada Umno yang kalah PRU 2018 dan 2022 itu sudah menggantikan kepimpinan kleptokrat dan kakistokratnya dengan kepimpinan yang lebih baik.

“Minta maaflah kalau saya kata, orang Melayu belum boleh tergesa-gesa memberi cek kosong kepada Umno.

“Walaupun di sana sini ternampak kerlipan bintang harapan, tetapi ia belum cukup terang untuk menyuluh jalan keluar. Bintang-bintang sakarat (dying stars) masih memenuhi cakerawala Umno.

“Menurut ilmu kaji bintang (astronomi), bintang-bintang sakarat ini menyala dengan amat terang sebelum padam,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat