Zahid ulas dakwaan ‘hujan lebat’ 5 tahun sekali, jangan rendahkan maruah pengundi

PORT DICKSON – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak parti politik yang didakwa menabur wang tunai kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Presiden Umno itu mengingatkan parti politik yang mengagihkan wang tunai itu supaya tidak merendah-rendahkan rakyat dan juga pengundi.

“Saya telah memberitahu dengan Tok Mat, dengan Tok Jalal, bahawa antara janji kita dalam manifesto itu ialah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 50,000 peluang pekerjaan di Negeri Sembilan dalam tempoh 5 tahun.

“Itu janji kita, bukan cara hantar ‘hujan lebat’ 5 tahun sekali, lepas tu tak ada hujan.

“Hujan lebat 5 tahun sekali buat apa, jangan. Tapi orang dah bagi, ambil, itu rezeki! Tapi undi bagi terus kepada BN.

“Apa lagi dia nak bagi? Bagi kain, ambil kain.
Bagi gula, ambil gula. Bagi beras, ambil beras. Peti ais, ambil.

“Jangan merendah-rendahkan rakyat dan para pengundi.

“Kalau ada RM300 ke, peti ais ke, atau peti TV pun, ini soal maruah. Sebab hati pengundi di Linggi, di Chuah dan Sri Tanjung ialah tetap kepada BN,” kata Zahid dalam ceramah di DUN Chuah pada Rabu.

Pengerusi BN itu berkata demikian mengulas berkenaan isu tular terkait tindakan wakil sebuah parti menawarkan wang tunai antara RM100 hingga RM300 kepada penduduk.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat