Parlimen: “Kita akan jumpa tidak lama lagi” – Rashid Hasnon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan sidang Parlimen akan berlangsung dalam masa terdekat.

Ia hasil sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

“Terima kasih atas keprihatinan dan kita hargai kuasa Yang di-Pertuan Agong semasa darurat ini.

“InsyaAllah apa yang dicadang dan dititahkan oleh Al-Sultan Abdullah, juga melalui nasihat Perdana Menteri untuk membuka Parlimen, kita akan jumpa tidak lama lagi untuk melalui kaedah biasa atau hibrid,”katanya ketika ditemui media selepas selesai sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.

Dalam pada itu, Rashid mengesahkan pertemuan bersama Al-Sultan Abdullah turut disertai Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun; Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kelima-lima mereka selesai menghadap selepas pertemuan selama satu jam iaitu pada jam 12 tengah hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat