800,000 Vaksin Akan Dihapuskan Jika Tiada Pembeli

- Advertisement -

BAITULMAQDIS: Israel akan menghapuskan 800,000 dos vaksin COVID-19 yang tarikh luput hampir tamat, jika tiada negara bersetuju untuk membelinya, lapor Agensi Anadolu.

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) semalam tidak menyatakan jenis vaksin itu tetapi Tel Aviv sebelum ini dilaporkan telah membeli vaksin Pfizer-BioNTech.

Pada 18 Jun lalu, Israel bersetuju untuk menghantar sekurang-kurang sejuta vaksin Pfizer-BioNTech kepada Pihak Berkuasa Palestin berdasarkan satu perjanjian.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Palestin membatalkan perjanjian itu atas faktor tarikh luput dos vaksin terbabit, selain ia tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sejak Disember 2019, wabak itu sudah meragut lebih 3.92 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 181.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat