Agong Tidak Boleh Panggil Parlimen, Perlu Dapatkan Nasihat Perdana Menteri, Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersandarkan konsep Raja Berperlembagaan sidang Parlimen hanya boleh dipanggil apabila mendapat nasihat daripada Perdana Menteri ataupun Kabinet,” jelas Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, istilah Raja Berperlembagaan ialah Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan kepada nasihat daripada Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.

Katanya, walaupun dalam Perlembagaan semua gunakan istilah Yang di-Pertuan Agong ‘chief komander of the arm forces’ tapi itu bukan bermakna Yang di-Pertuan Agong boleh memerintahkan secara langsung askar-askar untuk bertindak.

“Tapi ia kena sentiasa dibaca bersama Perkara 40 dalam Perlembagaan menyebut Yang di-Pertuan Agong tidak bertindak sendiri tetapi bertindak atas nasihat kecuali bagi tiga perkara mengikut budi bicara sendiri yakni melantik seorang Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen, meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

“Hanya tiga perkara ini institusi Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak ikut budi bicara Baginda sendiri dalam perkara-perkara lain semua tertakluk kepada Perkara 40 yakni Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

“…jadi memanggil sidang Parlimen adalah perkara yang tidak termasuk dalam Perkara 40 (2) ertinya mesti berlaku dengan nasihat atau pengesyoran daripada Kabinet dan Perdana Menteri,” hurai Annuar dalam temu bual eksklusif dengan Agenda Massa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu menjelaskan, “proses ini telah pun diamalkan sekian lama dan inilah yang akan terus diamalkan kalau tidak negara kita jadi kacau bilau, orang ini pun boleh panggil sidang, orang ini pun boleh panggil sidang yang ini panggil, yang ini tidak iktiraf akan berlaku krisis perlembagaan”.

“Perlembagaan kita dah cantik malah Agong pernah menyebut sebelum ini Parlimen boleh bersidang ikut kehendak Perdana Menteri, itu caranya,” ujar Annuar ketika ditemubual oleh Agenda Massa pada Isnin.

Kata beliau, ramai orang tidak faham apabila proklamasi darurat dilaksanakan maka ordinan yang pertama telah pun ditandatangani oleh Agong.

Justeru katanya, ramai orang tidak faham antara proklamasi dan ordinan.

“Proklamasi ordinan pertama untuk meletakkan negara di bawah perintah darurat pendemik kesihatan dan beberapa hari lepas itu ditandatangani ordinan pertama untuk ‘spell out’ perinci bagaimana pelaksanaan kepada perintah darurat dan dalam ordinan kita yang pertama perkara 14(1a) dan 1b disebutkan di situ bahawa urusan memanggil Parlimen itu digantung di mana dalam Perlembagaan memanggil Parlimen itu perkara 55 dalam Perlembagaan.

“Proklamasi dibuat di bawah perkara 150 Perlembagaan, proses memanggil Parlimen bermesyuarat itu perkara 55 di dalam Ordinan itu di ‘spell out’ Perkara 55 itu digantung. Maka selagi Perkara 55 digantung di bawah ordinan 1, Parlimen tidak bersidang dalam tempoh itu.

“Kalau nak bersidang secepat mungkin dalam tempoh sebelum 1 Ogos jawabnya tak boleh, selagi mana perkara 55 digantung dan ini telah menjadi undang-undang.

“Kalau nak bersidang selepas 1 Ogos dalam dua keadaan, pertama, kalau darurat disambung tapi sambung tanpa menggantung perkara 55 Parlimen boleh bersidang atau nak buat juga mesyuarat dalam keadaan tak menyambung darurat, Parlimen boleh bersidang…jadi kalau selepas 1 Ogos boleh bersidang dalam dua keadaan itu.

“…nak bersidang sebelum 1 Ogos tidak dibolehkan lagi mengikut undang-undang selagi proklamasi berkuat kuasa undang-undang tentang pandemik dan juga proklamasi darurat yang menggantung perkara 55 dalam perlembagaan dan telah ditandatangani oleh Agong,” jelas beliau.

Anuuar menambah, ini kena dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan tentang cepat lambat dalam istilah secepat mungkin itu.

“Siapa yang boleh memanggil sidang Parlimen ada yang kata Yang di-Pertuan Agong boleh panggil ada yang kata Perdana Menteri kena panggil

“Jadi, berbalik semula kepada undang-undang di bawah sistem Raja Berperlembagaan tidak ada perkara-perkara yang tuanku bertindak atas sifat peribadi atau persendirian,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Annuar ada membangkitkan isu keengganan kerajaan untuk memanggil persidangan secepat mungkin itu tidak tepat.

“Kalau kata keengganan ertinya kerajaan tidak mahu menyegerakan sedangkan hakikatnya tidak begitu cuma ada perkara yang tidak begitu difahami oleh orang awam.

“Kerajaan tidak ada pilihan melainkan mesti melakukan sesuatu mengikut Keluhuran Undang-undang dan juga menepati apa yang dikehendaki oleh Perlembagaan sebab persidangan Parlimen ini bukan persidangan biasa-biasa ada segala peraturan dan aspek undang-undang.

“Sebagai anggota Kabinet yang agak lama dan berkhidmat di Parlimen juga agak lama mungkin kenyataan ini agak sensitif, perhubungan di antara institusi Yang di-Pertuan Agong dengan kerajaan yakni Kabinet dan Perdana Menteri perlu dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan bertindak sentiasa di atas landasan undang-undang.

“Itu sangat mustahak kerana kuasa-kuasa Jemaah Menteri dan juga Perdana Menteri serta skop bidang kuasa Agong itu perkara yang termaktub jelas dalam sebuah negara yang telah memilih untuk memakai konsep Raja Berperlembagaan dan juga Demokrasi Berparlimen.

“Sebenarnya hubungan antara kerajaan dan Agong fungsinya berjalan sangat baik yakni bukan sahaja perkara-perkara yang menyentuh tentang apa yang dituntut dalam undang-undang tetapi juga ada konvensyen setiap Rabu mesyuarat Kabinet, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong tanpa gagal tentang maknanya perjalanan sesebuah negara ini bukti Kabinet dan Istana Negara tidak terasing.

“Tan Sri Muhyiddin sejak mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memaklumkan perkara-perkara yang dititah pandangan daripada Yang di-Pertuan Agong dan secara serius.

“Kalau orang anggap ada jurang, kerajaan tak mengambil berat itu sangat salah kerana PN mengamalkan dasar untuk sentiasa bagi perhatian berat kepada titah pandangan Agong walaupun bukan berupa arahan tapi setiap pandangan yang diberikan oleh Agong dibincangkan dan diberi perhatian oleh Kabinet,” ujar Annuar.

Beliau juga memberitahu, baru-baru ini apabila melalui satu kenyataan media berikutan perjumpaan majlis menghadap dikalangan Raja-Raja ini bukan Persidangan Majlis Raja-Raja tetapi acara menghadap tidak rasmi atas undangan peribadi Yang di-Pertuan Agong, maka penyimpan mohor raja-raja tak boleh keluarkan kenyataan sebab beliau setiausaha majlis raja-raja.

“Tuanku boleh saja letakkan tarikh Parlimen bersidang tapi Tuanku memahami peruntukan dan perkara undang-undang.

“Bukan kerajaan tak ambil peduli syor Agong tapi ia disalah tafsir, hubungan kerajaan dan Agong bukan cuma sekadar di media,” katanya.

Annuar menambah, istilah ‘secepat mungkin’ itu sendiri telah mencetuskan konflik.

“(Datuk Seri) Zahid Hamidi tafsir secepat mungkin 14 hari, ada yang kata dua, tiga hari, malah ada yang kata sebelum 1 Ogos ada yang kata bulan September lepas semua agenda perundangan dipenuhi.

“Sebenarnya boleh secepat mungkin secara hibrid. Tapi ia belum boleh dilaksankan kecuali peraturan-peraturan dipinda seperti imuniti, undi setuju tak setuju
perkara ini tidak boleh diremehkan oleh kerajaan.

“Kita kena uruskan uruskan SOP sidang secara hibrid terlebih dahulu, tapi tidaklah sampai hujung tahun.

“Buat sidang khas dulu luluskan peraturan-peraturan baru kemudian Perdana Menteri keluarkan notis 28 hari panggil Parlimen,” kata Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat