7.59 Juta Dos Vaksin Covid-19 Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat 28 Jun di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan daripada jumlah itu, 2,130,051 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 197,274 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat