Selebriti Wanita Positif Dadah Ditahan Dalam Serbuan – Polis

- Advertisement -

SEREMBAN – Seorang selebriti yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

“Bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah, seorang selebriti ditahan dan di bawa ke IPD Nilai untuk tujuan saringan air kencing.

“Semakan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (syabu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tambahnya, suspek diberikan jaminan polis setelah rakaman percakapan selesai. – Utusan

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat