Kumpulan Rock Rolling Stone Nak Saman Trump

- Advertisement -

BRITAIN: Kumpulan Rock Lagenda British, Rolling Stone,memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Donald Trump kerana menggunakan lagu mereka ‘You Can’t Always Get What You Want’ dalam siri kempennya.

Kumpulan ini telah melantik organisasi hak pertunjukan BMI untuk cuba menghentikan kempen Trump dari menggunakan lagu tersebut, menurut kenyataan yang diberikan kepada laman web AS, Deadline, semalam.

“BMI telah memberitahu pasukan kempen Trump bagi pihak Stones bahawa penggunaan lagu mereka secara tidak sah akan melanggar perjanjian perlesenannya”, menurut satu kenyataan, yang di-retweet oleh akaun Twitter rasmi The Rolling Stones.

“Jika Donald Trump terus mengabaikan amaran itu, maka dia akan menghadapi tindakan undang-undang kerana memainkan muzik yang belum dilesenkan.”

Surat itu adalah yang terbaru dalam usaha untuk menghentikan Trump dari menggunakan lagu di perhimpunan yang bermula sejak tahun 2016.

Lagu itu, pada mulanya dimainkan di perhimpunan perdana Parti Republikan.

BMI menambah bahawa pihaknya masih belum mendapat balasan daripada peguam yang bertindak untuk Trump – AlJazeera

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat