Rosmah gagal masukkan polis, kerajaan dalam saman barang kemas RM67.4 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor memasukkan polis dan kerajaan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam saman RM67.4 juta dikemuka syarikat barang kemas Lubnan melibatkan kehilangan lebih 40 barang kemas.

Hakim Ong Chee Kwan berkata, polis dan kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan salah dalam kes itu dan tiada tanggung rugi terhadap Rosmah.

“Bagaimanapun, Rosmah bebas memfailkan saman sivil baharu terhadap apa jua kerugian yang mungkin dialami kesan tindakan polis dan kerajaan,” katanya lapor FMT pada Rabu.

Chee Kwan juga menetapkan lima hari tarikh bicara bermula 2 Jun tahun depan.

Dalam pada itu, peguam Rosmah, Reza Rahim berkata beliau menerima arahan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Global Royalty Trading SAL mengemukakan saman kepada Rosmah, yang juga isteri kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, sejumlah RM67.4 juta, mendakwa beliau berbohong melibatkan 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, gelang, dan tiara yang diserahkan seorang ejen syarikat itu kepadanya dirampas pihak berkuasa atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa.

Global Royalty juga mendakwa Rosmah mengalihkan beban kepada kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.

Dalam permohonan memulakan prosiding pihak ketiga, Rosmah menegaskan barangan tersebut dirampas pihak berkuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat