Zeti Rasmi Tinggalkan PNB Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan bahawa Tan Sri Dr. Zeti Aziz telah secara rasmi menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB), hasrat beliau untuk tidak memperbaharui tempoh jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan selama tiga tahun berakhir esok.

Menurut PNB, Zeti telah memacu perjalanan transformasi PNB sejak pelantikan beliau pada 2018 dengan menyaksikan institusi tersebut mencapai kemajuan besar dalam tiga bidang utama.

Pertama, usaha kepelbagaian ke dalam kelas aset dan pasaran global yang lebih luas menyaksikan pendedahan PNB dalam aset antarabangsa meningkat kepada 12.3 peratus akhir tahun lalu.

Usaha itu jelas PNB, telah mengukuhkan portfolio pelaburannya daripada hanya tertumpu dalam ekuiti domestik.

Kedua, PNB telah berjaya mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko dan kecairannya dengan fokus menurunkan peratusan pegangan tunai lebih tinggi hasil daripada pengurusan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih besar.

“Akhir sekali, PNB telah memulakan transformasi organisasi di seluruh Kumpulan yang telah menghasilkan inovasi digital, kecekapan operasi dan pengembangan bakat menerusi pelbagai inisiatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan, kesempatan berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalanan Nasional Berhad (PNB) selama tiga tahun, satu penghormatan buat diri beliau.

Katanya, dalam tempoh tersebut, PNB telah melaksanakan agenda transformasi organissasi dalam tampoh yang mungkin paling mencabar dan transformatif pernah dialami.

“Hari ini, agenda transformasi ini telah mendorong potensi peningkatan prestasi dan inovasi yang lebih besar, serta kecekapan yang lebih tinggi.

“PNB kini berada dalam kedudukan teguh untuk melakukan yang lebih baik lagi pada masa depan dan meraih penciptaan nilai jangka panjang yang disasarkan demi para pemegang unit kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu menyertai PNB pada 2018.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, bagi pihak Lembaga Pengarah, Pasukan Kepimpinan dan semua rakan sekerja di
PNB, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zeti atas kepimpinan yang berwawasan dan sumbangan tidak ternilai beliau kepada PNB, ASNB dan syarikat Kumpulan PNB sepanjang tempoh tiga tahun itu.

“Beliau membawa bersamanya hampir empat dekad pengalaman dalam perkhidmatan awam dan pengukuhan institusi, yang telah memberi banyak manfaat kepada PNB,” katanya.

Menurut PNB, pelantikan Pengerusi Kumpulan baharu akan diputuskan oleh Yayasan Pelaburan dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat