Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi digalak bawa masuk pelaburan – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang menjadi perwakilan ke luar negara disarankan untuk mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain menjalankan hubungan baik dua hala dengan negara lain, kemahiran dalam meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.

“Dasar luar negara bukan sahaja mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) biasa iaitu mewujudkan dan mengekalkan demokrasi dua hala tetapi saya nak Kementerian Luar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi mahir dalam perdagangan, menarik sebanyak mungkin pelabur ke Malaysia,” katanya lapor Bernama di Seremban.

Mohamad berkata selain peranan menarik pelaburan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), adalah lebih afdal sebagai ketua kedutaan, mereka boleh bercakap dan meyakinkan pelabur.

Beliau berkata duta baharu hendak bertugas perlu ditempatkan di MIDA terlebih dahulu supaya arif tentang persekitaran pelaburan dan dapat meyakinkan bakal pelabur ke Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat