Bagi rakyat bantuan tunai bulanan, mampu pulih ekonomi cadang Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemberian bantuan bulanan secara bersasar dilihat mampu memulihkan ekonomi rakyat yang kini terkesan dengan kenaikan harga barang.

Menurut bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pemberian bantuan secara bulanan ini dapat membantu rakyat yang susah, sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Katanya, dalam keadaan rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang serta cukai, inilah masanya Kerajaan membantu rakyat.

“Semasa pandemik COVID-19 dulu saya pernah cadang kepada Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi bantuan kepada rakyat terkesan.

“Saya cadang setiap rakyat yang mempunyai kad pengenalan diberi RM1,500 sebulan. Setiap bulan sehingga keadaan pulih (ekonomi). Maknanya kalau ada lima anggota keluarga dia akan dapat RM10,500. Jumlah itu boleh membiayai kehidupan mereka.

“Kalau bayar RM400 tak akan membantu. Tetapi dengan RM10,500 satu keluarga. Dia jana ekonomi dan beri peluang niaga, saya rasa itu lebih berhak,” lapor BH di Gua Musang.

Beliau berkata selain pemberian bantuan tunai, kerajaan perlu ada usaha untuk membaik pulih keadaan ekonomi negara.

“Kerajaan perlu tengok cara untuk baiki kadar tukaran wang asing yang menjadi masalah ketika ini. Satunya (faktor utama ialah) daya (saing) pengeluaran kita sudah jatuh.

“Nombor dua ialah tukaran asing sudah memihak kepada matawang dolar Amerika Syarikat. Kalau itu tak boleh dibetulkan, ekonomi negara tidak akan pulih.

“Lebih-lebih lagi tenaga pekerja yang dibawa dari luar negara lebih daripada yang diperlukan. Mereka hantar 80 bilion ke luar negara dan langsung tak beri faedah kepada kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat