Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 artis undangan – Ratu Rock Malaysia – Ella

- Advertisement -

Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dinanti-nantikan ini akan lebih dihangatkan lagi dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia – Ell  Aminuddin.

“Memilih Ella sebagai artis undangan utama bukanlah satu keputusan yang susah, bahkan keputusan ini merupakan satu keinginan besar untuk kami menggabungkan lagenda Rock Malaysia sendiri bersama lagenda kumpulan muzik Rock Indonesia iaitu UNGU di atas pentas yang sama yang juga kebetulannya merupakan konsert di Pantai Timur buat julung kalinya untuk kedua-dua pihak,” ujar Pengarah Urusan Showpro Entertainment, Dato Sivakumaran Nair.

Tambahnya, “Kami ingin mencatat sebuah pengalaman muzik yang bersejarah dan bermakna di Kuantan, Pahang, sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada para peminat UNGU dan ELLA di Pantai Timur yang juga turut ingin menikmati pengalaman konsert yang istimewa ini di negeri mereka sendiri.

Menganjurkan konsert ini pada bulan Syawal sememangnya akan mengukir sebuah memori yang amat manis lagi indah untuk para artis dan para peminat yang dihormati.” Terdahulu dalam satu siaran akhbar, pihak Showpro Entertainment dengan berlapang dada menunda Pesta Muzik Kuantan (nama asal) pada tanggal 4 Mei 2024 demi menghormati bulan Ramadan.

Malah pihak penganjur turut menukar judul konsert ini kepada Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024.

“Selaku penganjur, Showpro Entertainment bertanggungjawab dan peka dengan semua situasi yang berlaku di dalam negara.

“Kami dengan rendah hati mengambil keputusan menunda Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dijadual 24 Februari lalu kepada 4 Mei 2024 demi menghormati kehadiran bulan Ramadan pada Mac depan.

Konsert yang bakal berlangsung di di Stadium Darul Makmur Kuantan turut disertai oleh Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain dan Den Manjo.

Marilah kita bersama-sama meraikan minggu akhir bulan Syawal tahun ini di Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024!

Harga tiket (SEJAUH MUNGKIN) RM58, (DEMI WAKTU) RM88, (CINTA DALAM HATI) RM98, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118, (GEGAR) RM128, (VIP B, NUMBERED SEATING) RM388, (VIP A, NUMBERED SEATING), RM448, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628 telah dijual sejak 30 Disember 2023 di www.ticket2u.com.my

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh hubungi jurucakap di talian
+60122682700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline di talian +60124886225.

INFORMASI
ACARA: Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024
ARTIS: Ungu, Ella, Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain
dan Den Manjo.

TARIKH: 4 Mei 2024
PENGANJUR: SHOWPRO ENTERTAINMENT
HARGA TIKET: (SEJAUH MUNGKIN) RM58, (DEMI WAKTU) RM88, (CINTA
DALAM HATI) RM98, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118,
(GEGAR) RM128, (VIP B, NUMBERED SEATING) RM388, (VIP A, NUMBERED
SEATING), RM448,
(MIP, NUMBERED SEATING), RM628
Website tiket: https://www.ticket2u.com.my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat