Perlu wujud pindaan baru jika laksana TEB – Azalina

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perlu diwujudkan satu pindaan kepada cadangan pelaksanaan dasar baharu Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB).

“Ucapan yang amat berhormat timbalan perdana menteri itu pada satu ucapan yang cukup bernas dan baik sebab pendekatan yang dibentangkan itu bagi saya mungkin akan diterima oleh resolusi nanti.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab di sisi undang undang, saya selalu percaya bahawa apa apa dasar untuk mewujudkan satu komitmen, yang mengikatkan dasar itu supaya menjadi sesuatu yang lebih konkrit perlunya pindaan kepada undang undang yang relevan kepada perkara tersebut bagi dibuat pindaan serentak dengan dasar dasar baru yang disebut jika dipersetujui oleh kerajaan selepas kongres, itu pandangan saya.

“Pada akhir kongres saya melihat perlunya satu kajian terperinci,” katanya selepas KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) sebagai satu dasar baharu agenda ekonomi bumiputera.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Transformasi Ekonomi Bumiputera turut menggariskan tiga matlamat utama untuk dicapai, melibatkan Keadilan Sosio-Ekonomi, Kemampanan Negara Bangsa serta Kemakmuran Negara dan Kesejahteraan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat