Tukar sisa sawit jadi tenaga mampu ubah nasib peneroka, pekebun kecil Bumiputera – Shabery

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan disaran mewujudkan dasar ekonomi kitaran yang mampan dan menjadi game-changer kepada perubahan ekonomi peneroka dan pekebun kecil.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, pembangunan model ekonomi kitaran industri sawit dijangka mampu menjana RM100 hingga RM200 bilion setahun pendapatan negara sekiranya sisa sawit ditukar menjadi tenaga berasaskan biojisim.

“Jika kerajaan benar-benar mahu menolong Bumiputera,kita mesti cari bidang yang penting pada masa depan dan kaedah yang terbaik adalah dengan membangunkan bidang kitar semula sisa sawit untuk menjana tenaga.

“Tapi kalau dalam dunia kitar semula, kalau nak bantu ialah dengan membangunkan industri ‘black soldier flies’ ini makanan ternakan masa depan. Ia boleh gantikan jagung dan kacang soya. Tapi kita perlu lakukan kajian dan kajian perlukan dana.

“Ini adalah jalan untuk bantu Bumiputera sejajar dengan peredaran semasa.Selain itu, kerajaan juga perlu bangunkan pusat pengumpulan hampas sawit. Perlu ada dasar bagaimana kalau elektrik dijana daripada sisa sawit,” katanya ketika sidang media Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), pada Khamis.

Beliau memaklumkan pelabur era ini mengejar untuk mendapatkan tenaga baharu hasil daripada produk berasaskan biojisim kerana ia membantu mengurangkan pencemaran karbon.

“Satu masa nanti syarikat yang nak melabur di sini akan tanya, kilang guna tenaga elektrik daripada sumber mana? kalau pakai arang batu, ia akan berdepan masalah kerana kena declare net zero emission.

“Begitu juga barang yang dihasilkan, susah nak jual dan kena pelbagai cukai. Ini perkara yang mungkin kita tidak serius.

“Melalui Felda yang banyak sisa yang boleh ditukar ke penghasilan tenaga. Kilang-kilang yang datang nanti boleh declare kita,” ujarnya ketika pembentangan sesi libat urus bertajuk Felda, Tanah dan Wilayah.

Shabery menambah, biodiesel/Sustainable Aviation Fuel (SAF) yang terhasil daripasa Sludge Palm Oil (SPO) yang akan diguna untuk minyak penerbangan.

“Saya kira bahawa kalau kita berjaya keluarkan secara sistematik bahan api penerbangan ini.

“Permintaannya tinggi. Sekarang pun kita hantar palet atau shell tempurung. Sudah banyak dieksport ke Jepun, mereka antara pembeli yang besar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat