PADU bukan sebab nak buat duit, dibangunkan oleh penjawat awam – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari ini melibatkan pembangunan sistem data yang paling besar pernah dibuat oleh sektor awam mungkin juga paling besar dalam sejarah negara kita.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain.

“Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan consultant dan kontraktor luar.

“Penjawat awam membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta.

“Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Rafizi, PADU melibatkan berpuluh perincian data seperti nama, umur, jantina, isi rumah dll) bagi setiap dari 32 juta rakyat Malaysia yang membentuk ratusan juta titik data (data points) di dalam PADU.

“Jadi saya tidak terkejut bila ada suara sumbang yang menuduh kononnya pembangunan sistem PADU ini adalah satu pembaziran kerana melibatkan kontrak beratus juta ringgit.

“Saya memang tunggu perkara ini ditimbulkan,” katanya.

Memperincikan sistem baharu ini Rafizi menjelaskan, PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat.

“PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya.

“PADU berjaya disediakan dalam tempoh yang singkat dan tanpa peruntukan tambahan kerana hasil penat lelah penjawat awam yang bersengkang mata selama tujuh bulan.

“Dari awal, saya telah lontarkan cabaran ini kepada pasukan teras dari Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU, bahawa PADU ialah satu peluang untuk membuktikan kepakaran yang ada di kalangan penjawat awam,” katanya.

Sementara itu Rafizi juga berdoa kewujudan PADU akan membawa perubahan besar kepada khidmat awam dari kerajaan kepada rakyat.

“Memang pasukan teras yang mengusahakan PADU akan terus berdepan dengan cabaran, tetapi jika ada pujian mengenai PADU, pujian itu layaknya kepada penjawat awam.

“Terima kasih dari saya (secara terbuka) kepada semua penjawat awam dan keseluruhan anggota pasukan dari pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus sejak Mei 2023 sehinggalah PADU dapat diluncurkan secara rasmi oleh Perdana Menteri minggu depan.

“Selepas itu, PADU akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warga negara mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka.

“Bila masuk ke PADU nanti, maklumat yang ada dalam semua pangkalan data kerajaan (lebih 270+ kesemuanya) memang sudah tersedia. Contohnya maklumat peribadi (nama, kad pengenalan, umur, jantina), maklumat pendapatan, maklumat kenderaan, maklumat anak dan tanggungan dan lain-lain,” uajrnya.

Rafizi memaklumkan, tetapi ia perlu disahkan dan dikemaskinikan untuk memastikan data kerajaan itu berlaku adil kepada rakyat kerana data dari PADU akan digunakan untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat