Mulakan siasatan Tun M, anak-anaknya – Shamsul Iskandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika jujurlah kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan semua yang berpangkat Tun perlu disiasat, siasatan boleh dimulakan ke atas beliau dan anak-anaknya terlebih dahulu, kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri itu berkata, umum mengetahui kekayaan anak-anak beliau dan sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dari mana datangnya kekayaan ini jika benar-benar Tun Dr Mahathir mahu siasatan ke atas golongan yang memiliki Tun ini dimulakan.

“Kita juga perlu menyiasat semula kes-kes penyelewengan dana dan kerugian Perwaja Steel, projek hidroelektrik Bakun, MISC, PKFZ, Maminco dan kes-kes melibatkan anak-anaknya seperti Kenchana Petroleum, dan kekayaan anak-anak dan cucu-cucunya.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, maka siasatlah harta-harta orang yang berpangkat Tun, bermula dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya,” katanya di aplikasi X pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bernada sindiran Dr Mahathir supaya ‘tahan reman’ semua orang yang memiliki pangkat Tun jika mereka enggan mendedahkan hasil kekayaan mereka, menunjukkan kesombongan sikapnya.

“Ini kerana pihak SPRM sedang menyiasat rakan baiknya, Tun Daim Zainuddin atas kes pengubahan wang haram.

“Semua orang – termasuk mereka memiliki pangkat Tun, tidak berada di atas undang-undang.

“Umum mengetahui mengapa Tun Dr Mahathir membuat kenyataan sebegini, kerana dia sememangnya tidak senang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi.

“Ini kerana keengganan Datuk Seri Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anak Dr Mahathir ketika krisis ekonomi Asia 1997-98, yang mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar dan mencetuskan krisis politik sehingga ke hari ini,” katanya.

Beliau mengingatkan Dr Mahathir “Tun, cakap siang pandang – pandang. Cakap malam, dengar – dengar. Saya yakin Tun berani disiasat”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat