Chegubard dituntut mohon maaf, tarik balik fitnah – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta agar Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard

menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah .

Menurut Nik Nazmi, beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan beliau, kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)
dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.

“Sebagai respons kepada kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) terhadap saya, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengambil tindakan lanjut.

“Semalam, peguam saya telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard, meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan,” tegas Nik Nazmi.

Beliau menyatakan, komitmennya kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini.

“Dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, kami mengesahkan dedikasi kami terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang.

“Pada masa yang sama, kami mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak polis untuk bertindak ke atas dakwaan yang dibuat oleh Chegubard,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat