Permintaan meningkat

- Advertisement -

MASALAH kekurangan cip dijangka akan berterusan sehingga tahun depan membabitkan pembekalan kepada beberapa segmen utama namun masalah itu diramalkan kurang serius berbanding tahun ini.

Itu jangkaan yang dibuat oleh firma pengauditan terkemuka, Deloitte selepas menerbitkan Laporan Jangkaan Teknologi, Media dan Telekomunikasi (TMT) 2022.

Naib Kerusi Deloitte LLP, Kevin Westcott berkata, tempoh pandemik memperlihatkan peningkatan keperluan untuk mengekalkan hubungan, meningkatkan produktiviti dengan adaptasi digital yang semakin cepat daripada segmen pengguna serta perniagaan.

“Pada 2022, kami menjangkakan trend ini akan terus berkembang dengan pelbagai cabaran yang perlu dilalui.

“Kesengsaraan rantaian bekalan, peningkatan isu kawal selia dan perubahan tabiat media akan berada di barisan hadapan pemikiran pemimpin perniagaan kerana cabaran ini memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Unjuran ramalan berkenaan dibuat berasaskan kepada trend semasa termasuk perubahan arus teknologi masa kini sesuai dengan keadaan industri.

Berdasarkan laporan itu, terdapat beberapa elemen penting yang mengalami perubahan antaranya:

 

PERANTI 5G dijangka terus mendapat permintaan dalam kalangan pemain sektor teknologi.
PERANTI 5G dijangka terus mendapat permintaan dalam kalangan pemain sektor teknologi.

 

Peningkatan permintaan untuk pembekalan cip

Firma berkenaan menjangkakan bahawa masalah pembekalan cip masih berlaku sepanjang 2022 namun tidak seperti tahun ini.

Tidak menghairankan, pelaburan modal teroka dalam semikonduktor mula berkembang untuk memenuhi permintaan untuk jenis cip baharu.

Deloitte meramalkan bahawa firma modal teroka (VC) di seluruh dunia akan melabur lebih daripada kira-kira RM20 bilion (AS$6 bilion) dalam syarikat permulaan semikonduktor pada 2022.

Peranti pintar 5G

Sepanjang 2022, kebanyakan negara akan mula melancarkan secara komersial rangkaian telekomunikasi 5G dan ia akan memberi kesan langsung kepada penjualan peranti pintar menggunakan rangkaian berkenaan.

Firma pengauditan berkenaan menjangkakan bahawa lebih banyak peranti 5G akan dipasarkan dan kebanyakan pemain industri akan mula memberi fokus kepada pengeluaran secara besar-besaran peranti berkenaan.

 

PADA 2022 diramalkan industri akan bergerak ke arah penggunaan teknologi pintar sama ada untuk pengguna sehingga kepada industri.
PADA 2022 diramalkan industri akan bergerak ke arah penggunaan teknologi pintar sama ada untuk pengguna sehingga kepada industri.

 

Kecerdasan Buatan dan Pengurusan Data Sensitif

Deloitte meramalkan bahawa 2022 akan menyaksikan banyak perbincangan mengenai mengawal selia Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih sistematik, dengan beberapa cadangan dibuat.

Sesetengah pemain industri mungkin cuba untuk mengharamkan keseluruhan sub bidang AI seperti pengecaman muka di ruang awam, pemarkahan sosial dan teknik subliminal sepenuhnya.

Di samping itu, ia juga didorong oleh peningkatan mendesak untuk melindungi data yang digunakan dalam aplikasi AI.

 

SEGMEN permainan akan terus berkembang membabitkan konsol, desktop dan permainan mudah alih atau mobile.
SEGMEN permainan akan terus berkembang membabitkan konsol, desktop dan permainan mudah alih atau mobile.

Industri Permainan Terus Berkembang

Tahun depan juga akan memperlihatkan pengukuhan dalam segmen permainan secara keseluruhannya membabitkan pelbagai sub bidang iaitu konsol, permainan desktop dan semua jenis segmen berkenaan.

Hasil bagi setiap pemain konsol, jumlah akan mencapai 900 juta pemain menjelang akhir tahun, dijangka purata perbelanjaan adalah sekitar RM350 setiap orang.

Angka itu lebih tinggi berbanding pemain desktop iaitu hanya RM100 seorang manakala pemain permainan mudah alih (mobile gaming) adalah RM200 setiap individu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat