Mudah sunting, permainan pantas

- Advertisement -

MAHU laptop berkuasa terutamanya untuk pengalaman permainan yang lebih baik serta mampu melancarkan sebarang aplikasi suntingan.

Untuk laptop jenis ini, ia memerlukan keupayaan spesifikasi yang baik memandangkan dua-dua tugasan iaitu untuk melancarkan permainan dan tugasan suntingan video adalah proses yang kompleks.

Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna supaya memilih laptop Predator Helios 300 yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7 Generasi Ke-11 sekali gus memastikan keupayaan prestasi yang sangat baik.

Pengalaman permainan pula, Predator Helios 300 ini dipadankan bersama kad grafik Nvidia GeForce RTX 3070 bersama-sama padanan skrin panel IPS dengan skrin 15.6 inci QHD untuk pengalaman permainan yang lebih baik.

Di samping itu, Predator Helios 300 berkenaan didatangkan dengan beberapa variasi berbeza mengikut padanan spesifikasi bersama sokongan tertinggi iaitu Intel Core i9.

Sistem memori (RAM) pula menyokong sehingga 32GB bersama frekuensi 3200Mhz dengan storan 1TB PCIe NVMe serta sokongan sambungan USB Type C, DisplayPort dan Thunderbold.

Menerusi pengalaman penulis, ujian prestasi dilaksanakan menerusi tiga judul permainan iaitu Battlefield 2042, The Rise of Tomb Raider dan Metro Exodus Enhanced Edition.

Bagi ujian yang dilakukan terhadap Battlefield 2042 dengan tetapan pengubahsuaian pada tahap tertinggi kesan grafik, bacaan bingkai sesaat mencecah 75 hingga 100FPS tanpa sebarang masalah.

Ujian kedua iaitu The Rise Tomb Raider juga menunjukkan hasil yang sama termasuk Metro Exodus Enhanced Edition apabila kedua-dua judul berkenaan merekodkan bacaan FPS yang sangat stabil.

 

PREDATOR Helios 300 berkeupayaan dalam pelaksanaan untuk permainan dan proses tugasan kompleks.
PREDATOR Helios 300 berkeupayaan dalam pelaksanaan untuk permainan dan proses tugasan kompleks.

 

Proses suntingan video juga amat pantas apabila video berdurasi lima minit dengan resolusi 4K merekodkan tempoh sintesis kurang 10 minit.

Secara keseluruhannya, Predator Helios 300 ini menawarkan keupayaan prestasi yang sangat baik sama ada untuk keupayaan pengalaman permainan sehingga kepada tugasan profesional yang lain.

Penulis boleh katakan bahawa laptop ini boleh dioperasikan dengan sebarang keadaan tanpa sebarang masalah terutamanya bagi pengguna yang mahukan pengalaman permainan yang baik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat