Pemuda UMNO Gesa Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Kartel Daging Haram

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat isu kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status halalnya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri Halal di negara ini.

“Maka PEMUDA UMNO mendesak agar ditubuhkan segera PASUKAN KHAS yang turut melibatkan Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segala siasatan dapat dijalankan secara pantas dan bersepadu,” tegasnya.

Asyraf berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung dengan pendedahan media massa berkaitan kegiatan penyeludupan daging import haram yang semakin mendapat perhatian rakyat khususnya berkaitan halal dan haram.

“Pendedahan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran di kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan status bekalan daging import Halal yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak 40 tahun lalu.

“Pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara,” jelas beliau lagi.

Beliau juga mendesak agar siasatan segera secara bersepadu harus dilakukan melalui PASUKAN KHAS melibatkan PDRM dan SPRM, bagi segera mendakwa dan mendedahkan individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dan disyaki terlibat dalam segala bentuk penyelewengan termasuk melibatkan rasuah.

“Pemuda UMNO juga menuntut agar siasatan secara telus dan pantas dilakukan agar keyakinan dan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap logo Halal Malaysia dapat segera dipulihkan dan dipelihara,” tegasnya lagi.

Turut sama bersama beliau membuat laporan polis beberapa wakil Pemuda UMNO di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang tadi dan berakhir jam 3 petang. -SuaraTV

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat