BN Dan PN Perlu Berunding, Kita Sudah Tiada Masa – EXCO Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) harus duduk bersama untuk berunding berkaitan pembahagian kerusi agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin.

Tegasnya, BN dan PN perlu memastikan pertandingan yang akan berlangsung pada PRU15  nanti pertandingan satu lawan satu dan bukannya tiga penjuru.

Menurutnya pada PRU14 lepas, sebanyak 77 kerusi parlimen yang berlaku pertandingan tiga penjuru, BN hanya hanya menang 32 kerusi walaupun sebelum itu di ‘belakang tabir’ UMNO telah bekerjasama bersama dengan PAS untuk mewujudkan tiga penjuru di kerusi yang BN lawan PH.

“Dalam PRU14 daripada 77 kerusi parlimen yang berlaku pertandingan tiga penjuru, BN hanya menang 32 kerusi.

“Secara keseluruhan UMNO menang 54 kerusi manakala PAS menang 18 kerusi parlimen.

“Bermakna kerjasama UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) menjadikan UMNO dan PAS mempunyai 72 kerusi parlimen,” jelas Shahrul Nasrun.

Ujarnya lagi, BN berpeluang merampas 30 kerusi PH yang berpontensi tumbang jika pertandingan satu lawan satu diadakan dan BN bertindak mengekalkan kerjasama dengan PN yang terdiri dari BERSATU dan PAS.

“Berdasarkan keputusan PRU14, BN menang 79 kerusi parlimen bermakna gabungan BN, PAS bakal menguasai 127 kerusi parlimen termasuk 30 kerusi yang berpontensi menang,

“Manakala kerjasama BN dengan PN menjadikan 140 kerusi parlimen, tambahan sebanyak 13 kerusi yang dimenangi BERSATU pada PRU14,” ujar beliau lagi.

Namun menurut beliau, pilihan raya bukanlah semudah memindahkan angka di atas kertas kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira seperti sentimen dan demografi pengundi yang berbeza-beza tegasnya.

“Pastikan pertandingan satu lawan satu bagi majoriti kerusi parlimen, sama ada BN lawan PH atau PN lawah PH.

“Kita sudah tiada masa,” katanya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat