Tubuhkan RCI siasat isu kartel daging import

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan membuka kertas putih dengan segera untuk menyiasat isu kartel daging import halal.

Presiden PPMM, Che Hassan Che Johan berkata, siasatan ini bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam melindungi kesucian imej Islam di peringkat negara mahupun antarabangsa.

“Bagaimana pihak penguatkuasaan tidak sedari perbuatan pengkhianat ini sudah berlaku bertahun tahun lamanya, apakah semua mereka telah disongok oleh pengkianat-pengkhianat tersebut?” soalnya.

New Straits Times pada 21 dan 22 Disember lalu melaporkan kartel itu bersubahat dengan beberapa pegawai agensi kerajaan untuk membawa masuk daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging lembu halal.

Dalam kenyataan hari ini, Che Hassan meminta Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyiasat perkara itu.

Susulan itu beliau mencadangkan supaya proses pengimportan daging halal dikendalikan oleh satu atau dua agensi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja.

Katanya, bukan seperti proses sedia ada yang membabitkan pelbagai agensi.

“Pihak persatuan mendesak kerajaan supaya pasukan pengkhianat negara dan agama ini dihukum dengan seberat-beratnya,” tegas beliau.

Dalam pada itu Che Hassan turut mencadangkan supaya pesalah diberikan hukuman sama seperti mengedar dadah, sekiranya undang-undang sedia ada dapat digubal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat