Anwar mesti didakwa kerana khianat kemerdekaan Malaysia – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) didakwa banyak meletakkan Malaysia di bawah kawalan Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuatkan Malaysia hilang kemerdekaan.

“Kini jelas bahawa kenyataan kerajaan bahawa perjanjian dengan AS menyembunyikan banyak komitmen serius oleh Malaysia untuk tunduk kepada AS.

“Dalam teks sebenar perjanjian itu,banyak konsesi dibuat meletakkan Malaysia di bawah kawalan Amerika Syarikat.

“Malaysia telah kehilangan kemerdekaannya.

“Inilah yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Anwar.

“Ini adalah pengkhianatan,” ujarnya.

Justeru kata Dr Mahathir mencadangkan Anwar didakwa kerana mengkhianati.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat