Hanya 808 dari 1661 menara Jendela telah beroperasi – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sehingga Oktober lalu, sebanyak 1,385 daripada 1661 menara JENDELA berjaya disiapkan dan daripada jumlah itu hanya 808 menara sudah beroperasi.

Fahmi berkata demikian menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar) berhubung status pelaksanaan projek menara telekomunikasi di bawah JENDELA dan tindakan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan projek di bawah JENDELA mengikut tempoh masa ditetapkan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor sama ada di bahagian pertama atau kedua.

Tegas beliau lagi, penalti boleh dikenakan mengikut notis pemberitahuan penamaan kepada pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh ditetapkan.

“Antara penalti adalah `liquidated damages’ (ganti rugi tertentu), mengambil `performance bond’ (bon prestasi), penolakkan tuntutan dan tindakan undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Mulitmedia.

“Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbangkan adalah mengenakan liquidated damages kepada pihak yang terbabit,” katanya.

YTL Communications Sdn Bhd gagal menyiapkan 51 projek menara telekomunukasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam tempoh ditetapkan, kata Fahmi Fadzil.

Susulan kelembapan itu, Menteri Komunikasi meletakkan YTL dalam senarai syarikat paling corot menyiapkan projek menara telekomunikasi di bawah JENDELA.

Fahmi malah mendedahkan, YTL sebelum ini menerima sebanyak 51 menara JENDELA fasa satu dan semuanya belum beroperasi.

Bahkan, katanya, sebanyak 17 daripada 51 menara itu sudah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi.

“Maksudnya, YTL yang paling corot. Minta maaf, saya terpaksa sebut di sini (Dewan Rakyat).

“Daripada 51 menara diterima, semua 51 tidak siap.

“Jadi saya sudah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti menara yang menghadapi kelewatan,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Katanya, CelcomDigi menerima 866 menara dan 366 masih dalam pelaksanaan manakala 193 menara sudah lebih sembilan bulan siap, namun belum beroperasi.

“Umobile pula 143 menara siap dan 19 dalam pelaksanaan manakala dua melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat