Syed Abu Hussin didesak letak jawatan, tanding semula di Bukit Gantang guna logo PH atau BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dicabar untuk mendapatkan semula mandat daripada pengundi Bukit Gantang sekali gus meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

Ketua Bersatu Bahagian Bukit Gantang, Ahmad Man bagaimanapun yakin Syed Hussin tidak berani meletak jawatan kerana tahu jika kalah habislah kuasa tawar-menawar beliau dengan kerajaan.

“Pengumuman Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pagi tadi merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat, parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), serta sistem demokrasi negara.

“Kami ingin menegaskan Bersatu Bahagian Bukit Gantang menentang keras tindakan Syed Abu Husin memberi ‘sokongan tanpa had’ (blanket support ) kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” tegas Ahmad yang juga ADUN Kuala Sepetang dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad berkata, dakwaan Datuk Syed Hussin bahawa ia keputusan demi kepentingan rakyat sangat meloyakan.

Ujar beliau lagi, sebagai ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Hussin sepatutnya memainkan peranan sebagai ejen semak dan imbang (check and balance ) dalam sistem demokrasi negara dengan jujur dan telus.

“Sokongan ahli Parlimen kepada kerajaan harus berdasarkan kepentingan rakyat atas sesuatu isu, bukannya menyokong kedudukan Perdana Menteri dari blok kerajaan.

” Sistem demokrasi negara akan musnah jika semua ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri hanya untuk mendapat kelebihan peruntukan,” katanya.

Ahmad juga mengingatkan, dalam Plihan Raya Umum di enam negeri selepas pembentukan kerajaan Madani, sokongan rakyat masih memihak kepada PN walaupun mengetahui kami bukan sebahagian kerajaan Persekutuan.

“Justeru indikator apa Syed Hussin menyatakan ia demi kepentingan rakyat? Pandangan rakyat mana yang beliau pegang?

“Jika Syed Husin begitu percaya sokongan beliau ke atas kerajaan Madani mendapat restu pengundi Parlimen Bukit Gantang, maka beliau seharusnya meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

“Dapatkan semula mandat dari pengundi Bukit Gantang yang rata-rata mengundi kepada sebuah kerajaan berteraskan Melayu Islam yang bersih. Jika pengundi menilai tindakan beliau sebagai satu usaha menjaga kepentingan rakyat, pastinya beliau akan menang lebih besar.

“Namun mustahil Syed Husin berani meletak jawatan kerana beliau tahu jika kalah habislah kuasa tawar-menawar beliau dengan kerajaan,” bidas Ahmad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat