Jadi kerajaan kulit kena tebal sikit, jangan ulang kesilapan Umno pantang dikritik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya melabel pengkritik sebagai musuh politik sebaliknya membuat penilaian dan pertimbangan setiap kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan dan juga ahli politik.

Nasihat bermakna ini dititipkan Keluar Sekejap sempena setahun pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berharap Kerajaan Madani pimpinan Anwar ini tidak mengulangi kesilapan Umno-BN sewaktu di tampuk kuasa.

“Saya nak bagi cadangan humbly kepada penyokong PH, saya yakin ada ramai.

“Don’t make our mistake… jangan kalau orang kritik tu terus diletakkan sebagai musuh atau lawan mungkin kena lihat pengisian kritikan itu ada yang betul.

Menghuraikan nasihat beliau itu, Shahril menyatakan persembahan secara optik yang dipamerkan Kerajaan Madani mungkin nampak canggih dengan pengumuman-pengumuman tertentu dengan photo op tertentu dengan istilah-istilah bombastik bahawa ada keseronokan ada keterujaan.

“Kita mengakui juga politik adalah sebahagiannya adalah persembahan apabila persembahan itu terlalu canggih tetapi keberhasilannya tidak menyusul sepertimana yang kita harapkan maka akan nampaklah performative tetapi under performance.

“….yang membuatkan kita rasa sedikit kecewa ialah soal pengharapan yang tinggi yang wujud dalam diri rakyat Malaysia disebabkan antara lain oleh PMX sendiri.

“Maka tidak boleh dikatakan expectation ini unreasonable sebab mereka sendiri yang mewujudkan harapan yang menggunung apabila dalam kempen PRU15 perkara-perkara tertentu dijanjikan, apabila sebelum ini menjadi pembangkang jelas bahawa apabila jadi kerajaan maka a,b,c, d akan berlaku menjadi wira kepada reformasi, wira kepada demokrasi, wira ekonomi rakyat tetapi apabila setahun menjadi kerajaan perkara itu belum lagi kesampaian dan sebab itulah kita katakan under performing.

“Untuk adil, bukanlah hancur kita tak kata bahawa benda ni tak elok tetapi seolah-olah bussiness as usual yang tidak mendapat suntikan inspirasi Anwar Ibrahim yang dikatakan adalah pemimpin terhebat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia that hasn’t actually materialized,” jelas Shahril dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Bersetuju dengan hujah Shahril, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga membidas, kata beliau kerajaan hari ini kulit mereka nipis sangat sepatutnya apabila sudah jadi kerajaan kulit kena tebal sedikit.

Jelas bekas Menteri Kesihatan itu, kerajaan kena ada perasaan yang menghormati.

“… dan sekarang ini pandangan itu sedikit berbeza mereka akan melaksanakan serangan terhadap orang membuat pandangan tersebut ataupun yang mana ini tanda-tanda ketakburan,” tegas beliau.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umni menyebut bahawa harapan memang tinggi dan tidak ada apa yang dibuat oleh kerajaan untuk mengurus harapan tersebut.

Ujar beliau, mereka dari awal lagi mengatakan bahawa okey ini adalah satu era baru, seolah-olah akan bawa perubahan besar kepada apa yang diharapkan oleh penyokong-penyokong mereka dan memang ada usaha ke arah benda benda tersebut namun dokumen-dokumen yang dibentang adalah bersifat jangka masa panjang.

“Tidak usaha mengurangkan beban nilai ringgit merosot, kos sara hidup yang dirasai dan saya tengok sekarang ini mereka buat kesilapan yang sama yang mungkin dahulu dibuat oleh kami dalam BN dengan mengatakan bahawa hei kenapa nak merungut kadar inflasi rendah kenapa nak merungut tiga suku berturut turut GDP naik dan mereka membuat kesilapan yang sama iaitu mereka ingat bahawa angka-angka yang abstrak ini adalah apa yang orang rasa di lapangan.

“Tapi sebenarnya seperti mana yang kita tahu angka dengan apa yang orang rasa di lapangan ini adalah jauh beza.

“Sekarang ini bila ramai tak puas hati mereka kata jangan salahkan kami sebab kami terpaksa kerja dengan Kerajaan Perpaduan ini bukan kerajaan PH dan kami terpaksa bekerjasama dengan orang macam Umno, BN tetapi ada banyak benda yang tak perlu pun ada kerajaan PH secara total tanpa Umno-BN untuk dilaksanakan contohnya dari segi governans.

“Ini dijadikan isu untuk menyerang kita sewaktu BN dalam kerajaan era Najib Razak iaitu pemisahan kuasa antara PM dan Menteri Kewangan masih lagi tak ada, kalau Anwar nak jadi juga menteri kewangan sekurang-kurangnya ada Menteri Kewangan kedua ada semak dan imbang tapi tak nak dan tak mahu mengaku bahawa itu adalah satu kelemahan dan Rafizi boleh bagi alasan bahawa adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi Menteri Kewangan.

“Kamu dah jadi mengarut dah dalam penjelasan, benda yang dulu digunakan untuk menyerang BN, kamu sendiri cakap benda yang sama dan bezanya kerana dia Anwar, dia bukan Najib,” kritik beliau.

Tambah beliau, begitu juga reformasi institusi pemberian peruntukan secara sama rata kepada ahli-ahli Parlimen, sekarang ini alasan yang diberi adalah kerana mereka tak nak datang bincang.

“Saya ada bukti satu negeri di mana ketua pembangkang tulis surat kepada menteri besar untuk mendapatkan masa menteri besar untuk bincang perkara ini dah 2,3 bulan dah tak dapat tarikh janji temu lagi bincang soal peruntukan diberi secara sama rata

“Alasan dalam Kerajaan Perpaduan ni tak boleh pakai

“Penyokong dan pentaksub PH ni cakap kami terbatas sebab terpaksa kerja dalam Kerajaan Perpaduan saya rasa itu alasan yang sangat tak boleh diterima,” katanya.

Khairy juga mengulas soal pelaburan Tesla yang didakwanya dipersembahkan dengan begitu gah sedangkan ia tidaklah seberapa.

“Pelaburan Tesla adalah contoh yang baik antara bezanya performative dan performance. Pelaburan Tesla ini adalah perkara yang dipersembahkan dengan hebat oleh PMX dia ada video call dengan Elon Musk dan juga menteri-menteri daripada Kerajaan Madani telah highlights pelaburan daripada Tesla ini sebagai satu pencapaian yang agak luar biasa.

“Tetapi kalau kita lihat secara actual performance pelaburan ini bagus saya tak nafikan tetapi apa yang kita ada pada hari ini daripada Tesla adalah pusat jualan dan servis dan rangkaian pengecas bukannya kilang Tesla pun.

“Bergaya, percakapan yang bergaya persembahan yang hebat tetapi akhirnya pencapaian yang sebenar tu ok ada tetapi tak ada lah sehebat mana,” bidas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat