Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan politik negara.

Namun, menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil perlantikan jawatan tersebut hanya akan diberikan kepada mana-mana ahli parlimen UMNO asalkan bukan Presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Semalam ura-ura mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, namun tawaran ini bersyarat iaitu Muhyiddin tidak mahu menerima Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi.

“Jika ini benar, maka pada permukaannya tawaran ini nampak elok namun ianya perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan bukan dengan tergesa-gesa,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Isham tawaran tersebut bakal mengundang beberapa implikasi kepada UMNO dan BN dan parti harus memberi pertimbangan yang sewajarnya.

“Pertama, perbalahan dalaman UMNO yang membawa kepada perpecahan apabila Presiden diketepikan secara paksa oleh pihak luar daripada parti terutama oleh parti PPBM.

“Kedua, ialah pengukuhan kedudukan Muhyiddin dan PPBM dalam kerajaan dengan sokongan UMNO.

“Ketiga, ialah implikasi kedudukan UMNO dan BN dalam Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya ketika memberikan kesan disebalik penawaran tersebut.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu turut menjelaskan adalah lebih baik jika tawaran daripada Muhyiddin selaku Presiden Bersatu itu tanpa ada sebarang syarat.

Ini kerana menurutnya ia akan nampak lebih ikhlas dan memberi ruang kepada UMNO untuk membuat keputusan dengan lebih bebas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat