16 Usul Undi Tidak Percaya Termasuk Dari PN :Speaker Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Lebih 16 usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen, kata Datuk Azhar Azizan Harun.

Speaker Dewan Rakyat memaklumkan beliau sedang meneliti untuk memasukkan usul berkenaan dalam agenda Parlimen yang akan mula bersidang 2 November dan berakhir 15 Disember 2020.

“Kami (Dewan Rakyat) telah menerima lebih daripada 16 usul undi tidak percaya daripada Anggota Parlimen dan kami telah memasukkanya dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

“Ada banyak lagi urusan penting yang telah kami terima selain, memfokuskan kepada pembentangan Belanjawan 2021 yang akan datang. Kami akan mengaturnya mengikut keutamaan kerajaan,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, dilaporkan 16 ahli Parlimen itu termasuk 11 daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan lima daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengemukan usul itu kepada Speaker Dewan Rakyat untuk dimasukkan dalam jadual aturan mesyuarat sidang Parlimen.

Sokongan terhadap Muhyiddin di Parlimen mencetus pertikaian sekali lagi setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mengaku telah mendapat sokongan lebih 120 anggota Parlimen untuk mengambil alih pemerintahan.

Selain daripada Amanah dan Pejuang, Azhar turut mengesahkan usul undi tidak percaya itu juga diterima daripada ahli Parlimen pro-kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kami memang menerima usul tak percaya terhadap Perdana Menteri, ada juga daripada pihak kerajaan, tetapi kami akan menunggu sehingga usul yang lebih penting dari Kementerian dimasukkan ke dalam Aturan Mesyuarat terlebih dahulu,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat