DXN membawa herba tradisional tempatan Ke Pasaran Antarabangsa

- Advertisement -

Syarikat DXN adalah sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan yang mengunakan herba tradisonal tempatan untuk segala produk keluaran mereka.

Semua produk syarkat DXN sedia ada dirumus daripada herba dan tumbahan tempatan malah ada herba dan tumbuhan yang dibeli secara langsung daripada penduduk tempatan di kawasan kampung- kampung.

Syarikat DXN yang telah beroperasi selama 30 tahun bukan sahaja menjual produk mereka dipasaran tempatan tetapi telah berjaya menembus ke pasaran antrabangsa. Antara produk keluaran DXN yang mendapat sambutan di pasaran adalah produk makanan ,produk kecantikan dan produk kesihatan seperti Andro-G.

Pengasasnya, Datuk Lim Siow Jin berkata, sebagai contoh ialah herba yang dikenali sebagai hempedu bumi nama saintifiknya Andrographis.

Beliau berkata herba itu terkenal dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Cina, Ayurveda dan Greek.

“Andrographis paniculata amat dikenali dan digunakan secara meluas dalam perubatan traditional.

“Oleh itu, ia dipilih untuk dirumus sebagai salah satu suplemen kesihatan dan pemakanan DXN,” katanya.

Bercerita lanjut, beliau berkata antara khasiat hempedu bumi ialah herba itu mengandungi komponen bioaktif (seperti andrographolide dan neoandrographolide) yang boleh membantu melegakan haba badan dan menggalakkan kesihatan respiratori.

“Sebagai contoh produk DXN Andro G digunakan untuk melegakan kepanasan dalam badan (traditionally used for relief of body heatiness) seperti produk indikasi yang diluluskan oleh NPRA (MAL 19973096T) dan mendapat keluluskan MAB (Lembaga Iklan Ubat).

Lim menambah, DXN juga menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan sebelum menghasilkan sesuatu produk bagi memastikan kualitinya. Menerusi R&D yang dijalankan, khasiat herba berkenaan diteliti dan diperiksa bagi tujuan ramuan sebelum digunakan dalam produk DXN.

Lebih menarik, herba-herba berkenaan diperoleh menerusi DXN Pharmaceutical Sdn Bhd sendiri yang mempunyai ladang di Kedah.

Mengenai rasa herba yang pahit seperti hempedu bumi, Lim berkata DXN Andro G adalah suplemen kesihatan dan pemakanan dalam bentuk kapsul, oleh itu serbuk Andro G yang dikapsulkan telah mengurangkan rasa pahit semasa pengambilannya.

Sehubungan itu, katanya, pengguna boleh menikmati produk kami dalam bentuk kapsul yang kurang pahit pada bila-bila masa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat