Jangan jadi pelawak ‘komediri’ ketika ceramah kata Mujahid

- Advertisement -

Klang – Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengingatkan ahli parti itu agar sentiasa menjaga adap dan bahasa apabila menyampaikan ceramah.

Menurut Mujahid pendekatan lebih berhemah boleh dilakukan dengan menegur secara baik dan bukan sebaliknya.

“Dalam ucapan malam tadi, saya turut menasihatkan agar sentiasa menjaga percakapan dan tidak menjadi pelawak stand-up comedy (komediri) ketika berceramah di pentas politik.

“Jika ada pun rakan dalam kalangan kita yang melakukan kesilapan, tegurlah dengan elok. Kita ambil iktibar dari sejarah Nabi Muhammad SAW saat Baginda menyampaikan dakwah. Baginda dicaci, dimaki-hamun sampai ada yang tanya kenapa Nabi tidak berdoa untuk melaknat kaum musyrik,” katanya menerusi satu muatnaik di laman Facebooknya hari ini.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan Mujahid itu didakwa merujuk kepada ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengunakan kata-kata kesat ketika berceramah di Felda Kemasul baru-baru ini.

Terdahulu Mujahid yang juga merupakan Ahli Dewan Negara menyampaikan ucapan di Majlis Apresiasi Hari Malaysia DUN Meru.

Mujahid juga menolak dakwaan kononnya kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal tumbang sekiranya Perikatan Nasional berjaya merampas kerusi DUN Pelangai.

“Saya menyebut DUN Meru ini merupakan antara bukti bahawa rakyat menyokong dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan perpaduan. Maka jangan kita sia-siakan kepercayaan rakyat ini.

“Saya juga mengingatkan mereka tentang pihak lawan yang tidak senang duduk dengan kerajaan yang ada hari ini sehinggakan, setiap kali pilihan raya kecil akan menyebut kerajaan perpaduan akan jatuh.

“Hakikatnya, mereka tidak akan mampu meruntuhkan kerajaan ini selagi kita berdiri teguh dibelakang gelombang perpaduan,” tegasnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat