Baik pulih Seri Perdana sebelum Ismail, kritikan Rafidah terlalu emosi

- Advertisement -

Editorial

Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri (Kompleks Seri Perdana) sebanyak RM30 juta telah mencetuskan kontroversi dan kritikan yang tidak tepat terhadap beliau.

Pertamanya, berdasarkan jawapan tersebut projek ini telah mencapai 60% kemajuan pada 31 Ogos lalu. Ini bermakna keputusan melakukan ubah suai atau baik pulih, lantikan kontraktor dan pelaksanaan kerja-kerja ubah suai telah dilaksanakan lama sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod ni dibuat Ismail Sabri hanya mengangkat sumpah pada 20 Ogos 2021.

Sudah tentu angka RM30 juta tersebut agak kontroversi bila dikaitkan dengan  terma pengubahsuaian dan dilakukan semasa pandemik. Namun jika diteliti dalam Dewan Rakyat tadi,  pengubahsuaian tersebut tidak ada kena mengena dengan Ismail Sabri Yaakob. Malahan ia bukanlah ubah suai tetapi lebih kepada baik pulih.

Perdana Menteri menyatakan pengubahsuaian/naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan YAB Perdana Menteri serta memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara di program-program rasmi.

“Pengubahsuaian tersebut meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,” jelas Ismail Sabri.

Berdasarkan perincian ini, maksud sebenar bukanlah ubah suai tetapi lebih kepada baik pulih. Jika ubah suai kita melakukan kerana tidak sama cita rasa. Sebaliknya bila baik pulih ia sesuatu yang perlu dilakukan.

Mungkin disinilah kekhilafan jawapan yang terikut-ikut terma dalam soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Rafidah terlalu emosi tanpa memahami

Lebih aneh, jawapan yang ringkas ini mendapat komen pedas dari bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz bahawa, “imej negara tidak dicerminkan dengan bangunan, kediaman dan struktur yang melambangkan kedudukan dan kuasa.

“Ia dicerminkan menerusi penghuni bangunan-bangunan ini, oleh nilai, prinsip, integriti, kejujuran, tahap kebertanggungjawaban, dan sikap mengutamakan kepentingan negara yang dipegang mereka.”

Jika inilah pegangan Rafidah Aziz, mengapa kabinet beliau meluluskan pembinaan Putrajaya, Kompleks Seri Perdana dan Kompleks Seri Satria (untuk Timbalan Perdana Menteri).

Bukankah lebih baik dari dulu Rafidah meyakinkan ‘bossnya’ ketika itu untuk tidak membina apa-apa kompleks kerajaan sebaliknya kekal di Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dan kediaman rasmi Perdana Menteri di Kuala Lumpur?

Sudah tentu keadaan kediaman rasmi Perdana Menteri yang terjaga rapi dan kemas menjadi imej cerminan negara. Siapa akan menghormati negara ini jika berlaku gangguan elektrik, tandas bocor, lantai kusam dan perabot ketinggalan zaman ketika berlangsung majlis membabitkan pemimpin dunia.

Rafidah mungkin keliru antara bermewah-mewah dengan memastikan Kompleks Seri Perdana diurus dengan baik dan cantik. Namun apa yang diharap dari bekas Menteri yang sejak akhir-akhir ini menjadi emosional di usia tua.

Beberapa tahun lalu kerana mahu menjatuhkan Barisan Nasional,  beliau bersumpah kira-kira 40,000 hektar tanahdiswastakan tanpa tender terbuka di bawah rancangan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 2008.

“Saya bersaksi dengan Allah. Yang penting adalah semua tanah Kementah telah diswastakan dan pajakan selama 40 tahun kepada syarikat milik individu.”

Namun kita semua tahu selepas PRU-14, semua sumpah Rafidah Aziz atas nama Allah itu hanya pembohongan.

Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), yang diumumkan oleh Mohamad Sabu,  hanya menemui 16 projek “land swap” (penswastaan) Kementerian Pertahanan, dan hanya membabitkan 2,923 ekar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat