PBS Rakan Kongsi PN, Tapi Bukan Ahli

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) namun, tidak akan menjadi salah satu anggota dalam gabungan baharu tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, PBS memaklumkan parti itu hanya sekadar rakan kongsi dalam PN.

“(Ini) sama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak. Mereka adalah rakan kongsi PN,” kata Setiausaha Agung PBS, Jahid Jahim dalam satu kenyataan.

Perjanjian bersama itu ditandatangani oleh Jahid dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Tamparuli, Sabah semalam.

Jahid berkata, bahawa sekiranya PBS dan PN menang cukup banyak kerusi, mereka akan membentuk kerajaan negeri Sabah yang seterusnya.

“Walaupun kami mempunyai manifesto kami sendiri, PBS akan berkongsi manifesto PN semasa kempen,” jelasnya.

Dalam pada itu, PBS juga akan menggunakan gambar dan mesej Perdana Menteri dan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebahagian daripada kempen mereka.

Perjanjian itu akan membolehkan PBS menggunakan logo dan bendera sendiri semasa kempen pilihan raya.

“Ini adalah istimewanya mengenai kedudukan PBS. Kami berdiri sendiri. Sepenuhnya autonomi dan tidak ditentukan oleh mana-mana pihak, namun merupakan sebahagian daripada keluarga PN yang lebih besar, untuk bersama-sama membangun dan menjadikan Malaysia lebih besar,” katanya.

Jahid bagaimanapun tidak menanggapi kenyataan bahawa PBS akan berdepan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) iaitu parti komponen PN dalam saingan di enam kerusi.

PBS juga berdepan parti komponen BN dalam saingan untuk 10 kerusi lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat