Perang Armenia & Azerbaijan, Masuk Hari Kedua

- Advertisement -

NAGARNO KARABAKH: Tentera Armenia dan Azerbaijan terus berbalas serangan. termasuk mengunakan peluru berpandu, masuk hari kedua konflik di wilayah bergolak Nagorno-Karabakh.

Wilayah itu yang terletak dalam Azerbaijan tapi dihuni majoriti penduduk Armenia, telah menjadi punca persengkataan antara dua negara sejak berdekad lamanya.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh siapa yang terlebih dahulu memulakan serangan pada pagi Ahad itu. Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyez berkata, tentera Armenia yang terlebih dahulu memulakan serangan, dan kematian pertama berlaku di pihaknya.

Azerbaijan katanya, hanya mempertahankan diri dari serangan tentera Armenia.

Menteri Luar Armenia, Anna Naghdalyan pula mendakwa, Azerbaijan melancarkan serangan pada skala besar terhadap negara tersebut pada Ahad. Serangan menggunakan peluru berpandu dan roket di sepanjang garis sempadan dua negara itu telah menyebabkan berpuluh tentera dan orang awam terbunuh dakwanya.

Sebilangan besar komuniti antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Iran dan kuasa Eropah, telah mendesak agar kedua negara menghentikan permusuhan dan memulakan rundingan.

Penglibatan Iran berikutan laporan tiga roket yang ditembak sepanjang konflik itu, telah mengenai satu bahagian dalam negara berkenaan – menurut Ali Amiri Rad, gabenor sebuah daerah kecil yang dekat dengan sempadan Azerbaijan yang dikenali sebagai Khoda Afarin.

Tidak jelas siapa yang menembakkan roket itu dan tidak ada korban jiwa atau kerosakan harta benda kerana kawasan yang terkena tembakan roket berkenaan, bukan kawwasan kediaman – Al Jazeera

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat