PRN Sabah: PAS Jamin Tak Berebut Kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS memberi jaminan tidak akan berlaku perebutan kerusi dengan rakan sekutu Muafakat Nasional iaitu UMNO dan Bersatu.

Ketua Pemuda PAS, Ir Kahiril Nizam Khirudin berkata, hasil rundingan antara PAS, UMNO dan Bersatu, sepakat untuk berentap satu lawan satu dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Muafakat Nasional peringkat Semenanjung telah bermesyuarat berhubung pembahagian kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kami akan panjangkan perbincangan ini dengan parti -parti di Sabah,” katanya ketika dihubungi SuaraTV, hari ini.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu bercadang untuk bertanding antara enam hingga ke sepuluh kerusi di dalam PRN kali ini.

Beliau turut memaklumkan hasil persetujuan sekutu Muafakat Nasional ini akan dijelaskan oleh
Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk PRN Sabah kepada parti-parti komponen di sana.

“Kami (PAS) dan juga Muafakat Nasional akan pastikan berlakunya pertembungan satu lawan satu dengan Warisan di Sabah.

“Insyalaallah PAS, UMNO dan Bersatu tidak akan berebut kerusi dalam PRN yang bakal berlangsung 26 September ini,” jelasnya.

Sabah akan mengadakan PRN pada 26 September ini selepas Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bersetuju dengan nasihat diberikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, agar membubarkan DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat