Azmin ‘Menteri MITI’ Paling Teruk Dalam Sejarah Kata MP DAP

- Advertisement -

Kuala Lunpur – Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming menyifatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ikon “menteri Miti paling teruk dalam sejarah negara”.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP sebentar tadi, ahli Parlimen Bangi itu menyatakan jumlah perdagangan yang merosot pada April dan Mei sebagai antara 10 sebab beliau mengkritik Azmin yang juga menteri kanan ekonomi.

Ong berkata, Malaysia berdepan kejatuhan nilai perdagangan terbesar dalam tempoh 20 tahun pada Mei, susulan peratusannya merosot kepada 27.8% sejak tahun lepas.

“Semasa krisis kewangan global 2008 pun, kejatuhan terbesar nilai perdagangan adalah 17.8% pada Ogos 2018.”

Beliau mendedahkan, nilai perdagangan bulanan Malaysia mencatatkan defisit buat kali pertama pada April tahun ini selepas 269 bulan mencatatkan lebihan, selain penurunan jualan sektor pengilangan sebanyak 33% dan penurunan indeks pembuatan industri 32% pada bulan sama.

Beliau berkata, ramai mengaitkan kejatuhan jumlah perdagangan kepada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Namun, beliau turut mendakwa terdapat pelbagai masalah dihadapi pihak industri disebabkan kualiti kepimpinan lemah di peringkat Miti.

“Sebagai contoh, apabila Miti membuka laman sesawang untuk menerima permohonan syarikat menjalankan perkhidmatan penting bagi meneruskan operasi, laman sesawang itu banyak kali tergendala,”katanya menambah keadaan itu mungkin menyumbang kepada kejatuhan “output” ekonomi ketika awal PKP.

“Ketika ini, rantaian pembekalan di Malaysia juga tergendala dan sayur-sayuran di Cameron Highlands tidak dapat dihantar. Ini disebabkan kelulusan operasi, termasuk melibatkan sektor pengangkutan, tidak diselesaikan Miti tepat pada masanya.”

Ong juga mengaitkan pengumuman kurang matang mengenai pembukaan semula ekonomi pada awal Mei tanpa sebarang persediaan rapi susulan SOP masih belum dinyatakan ketika ini sebagai faktor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat