Hun Manet ucap terima kasih PM Anwar anjur mesyuarat khas gencatan senjata di Kuala Lumpur

Phnom Penh– Perdana Menteri Kemboja, Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet hari ini mengesahkan bahawa beliau akan mengetuai delegasi rasmi Kemboja ke Mesyuarat Khas di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Malaysia, dengan kerjasama Amerika Syarikat dan penyertaan wakil dari China.

Mesyuarat khas itu bertujuan mencapai gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand, hasil persetujuan bersama antara kedua-dua Perdana Menteri susulan cadangan awal yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, malam tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas inisiatif dan koordinasi beliau dalam menganjur serta menjadi tuan rumah mesyuarat khas ini,” kata Hun Manet dalam kenyataan yang dimuat naik ke media sosial rasmi beliau.

Mesyuarat ini dilihat sebagai usaha diplomatik besar di rantau Asia Tenggara, dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia, dalam meredakan ketegangan sempadan antara dua negara jiran ASEAN tersebut.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat