PRU 15, Majoriti Pengundi Menolak Pakatan Harapan – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan rakyat atau pengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 yang lepas sebenarnya telah menolak Pakatan Harapan.

Presiden Muafakat Nasional (MN) itu berkata, buktinya apabila pengesahan ‘statutory declaration’ (SD) daripada 115 Ahli Parlimen yang diperolehi Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ketika itu mempunyai sokongan majoriti.

Melalui program bual bicara eksklusif bersama Suara TV baru-baru ini beliau turut menjelaskan bahawa wujud percubaan untuk mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan Perdana Menteri ke-10.

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSLBonXwL/ 

“Banyak naratif palsu yang dikeluarkan. Kerajaan hari ini dikatakan arahan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Itu palsu. Agong terpaksa buat begitu setelah kita masing-masing menunjukkan berkeras dan tidak boleh membentuk kerajaan. Tetapi kuncinya hanya umno. Kalau umno kata nak buat kerajaan 115 SD yang Tan Sri Muhyiddin telah hantar ke istana negara tanpa pertikaian, kerana semua ahli umno itu sokong dengan kerelaan mereka. Presiden tak pertikai tak ada la timbul Agong nak suruh buat Kerajaan Unity. Jangan guna nama YDPA.

“Baginda hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan kerana untuk melantik Perdana Menteri perlembagaan kata hendaklah baginda melantik yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti. Tiba tiba ada seorang dapat sokongan majoriti UMNO pertikaikan. Sedangkan bukan paksaan semua 115 SD itu. Jadi bila kita pertikaikan maka Agong ada keraguan baginda bertanggungjawab membentuk kerajaan seberapa cepat.

“Rakyat berikan majoriti dalam PRU lepas mandat diberikan kepada parti-parti yang menolak PH dan DAP. Baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. DAP dan PH hanya dapat 82 atau 84 kerusi sahaja yang lain semua menolak mereka. Tetapi hari ini mereka memerintah. Macamana mereka memerintah? Sebab UMNO-BN yang beri sokongan walaupun ahli parlimen UMNO sendiri tidak merestuinya,” katanya.

Annuar berkata kerajaan yang wujud hari ini merupakan konspirasi pihak tertentu yang telah dirancang dua tahun sebelum PRU-15 diadakan dengan menyampaikan naratif ‘palsu’ demi menghalalkan kerjasama BN, PH dan DAP.

“Sebab ini konspirasi nak angkat DAP-PH sebenarnya sudah berlaku dua tahun sebelumnya. Tetapi waktu itu saya tidak mampu mendedeahkan secara terbuka kerana saya mematuhi disiplin sebagai ahli parti. Sebagai ahli parti saya terpaksa telan benda itu. Apatah lagi saya dalam jemaah menteri dan sebagainya.

“Sekarang senario sudah berbeza saya sudah tidak menjadi ahli umno a kebenaran itu perlu saya sampaikan kerana ia boleh memudaratkan kefahaman orang ramai. Saya katakan ini satu episod untuk saya cuba betulkan naratif supaya pengundi dan rakyat jangan titerpu dengan narati-naratif rekaan pasca PRU-15,” katanya.

Tambahnya, sehingga hari ini Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih tidak menunjukkan perkembangan positif terutama dalam sektor ekonomi.

“Kalau tanya saya lah, satu daripada punca kenapa keyakinan terhadap ekonomi tak wujud sampai sekarang adalah kerana Perdana Menteri sendiri berada dalam bentuk fikiran yang dia rasa tak selamat. Kerana dia rasa tak selamat sebab dia bentuk kerajaan yang tidak berasaskan komitmen mengikut prinsip pentadbiran. Bila buat begitu dia rasa macam duduk rumah kaca. Takut orang baling batu.

“Saya punya telahan bila buat benda yang palsu dia tak akan kekal lama itu yang saya risau. Boleh namakan ia Kerajaan Perpaduan tetapi kita sendiri hari-hari dengar, PM sendiri bercakap hari-hari kata dia sendiri hendak digulingkan.

“Ini menyebabkan keadaan makin bertambah parah. Itu yang kita cuba elakkan. Sepatutnya bila terbentuk kerajaan, dia mesti dapat dilihat hasilnya tapi itu tidak berlaku,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat