MUDA Tak Mampu Bentuk Kerajaan Negeri Pun Kalau Menang – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kemenangan beberapa kerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti sejurus hanya akan sia-sia.

Hal ini kata Tun Dr Mahathir Mohamad,langkah untuk bergerak solo itu dinilai sebagai sia-sia sekiranya MUDA hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri ditandingi parti itu.

“Jika MUDA bergerak solo dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi itu.

“Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon mencukupi, jika menang kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya di Sepang pada Rabu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian bagi mengulas langkah MUDA yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil pendirian untuk bergerak solo di PRN enam negeri, akan datang, lapor BH.

Pengumuman itu menyaksikan akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November lalu, MUDA beberapa kali memohon menyertai PH tetapi difahamkan sehingga kini PH belum memberi sebarang maklum balas.

Hari ini, MUDA menegaskan niat parti itu bekerjasama dengan PH bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan.

Susulan itu, Syed Saddiq menegaskan anggapan yang menuduh pihaknya ‘tergesa-gesa’ dan enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak berasas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat