‘Ustaz Dan Team Jaga Diri Baik-Baik’ Pesan Hishammuddin Kepada Ebit Lew

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menasihatkan agar pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew dan pasukannya yang kini berada di Gaza, Palestin bagi misi bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula bandar Gaza agar dapat menjaga diri masing-masing di sana.

Kata Hishammuddin, hatinya sayu apabila mendapat tahu Ustaz Ebit Lew telah menjejaki Bandar Gaza.

“Allahuakbar. Sebak bila dapat tahu Ustaz akhirnya sampai ke Palestin (Gaza),

“Bersyukur sangat dengan perkembangan terbaru ni setelah pelbagai ikhtiar diusahakan Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia terutama di Mesir demi membantu Ustaz. Ini termasuklah menerusi lawatan saya ke Mesir baru-baru ini – Alhamdulillah.

“Ustaz dan team jaga diri baik-baik. Apa-apa keperluan, maklum terus saya atau pihak Kedutaan. Kami doakan, semoga setiap hajat Ustaz demi kebaikan rakyat Palestin dimakbulkan Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan untuk semua,” ” ujar Hishammuddin melalui Facebooknya.

Terdahulu, melalui catatan Facebook Ustaz Ebit Liew, beliau kini berada di Gaza Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan dan membangunkan semula semula Bandar Gaza, Palestin.

Menurutnya, beliau dan pasukannya adalah pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.” katanya. -SuaraTV

Baca lagi : Ustaz Ebit Liew Kini Di Gaza, Pasukan Pertama Dalam Dunia Dibenarkan Masuk Melalui Pintu Rafah (suara.tv)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat