Bekalan Vaksin Di Selangor Hampir Habis, PPV Mungkin Ditutup – Exco Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mendakwa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu mungkin akan dihentikan dalam masa beberapa hari lagi gara-gara ketiadaan bekalan vaksin.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menyatakan kekesalannya kerana ketiadaan bekalan berkenaan.

“Dalam beberapa hari lagi beberapa PPV di Selangor akan kehabisan vaksin dan terpaksa berhenti operasi jika Selangor tidak terima bekalan vaksin baru.

“Discriminate Selangor, whole country will suffer. You answer to Allah YB Menteri,” ciapnya di Twitter semalam.

Dalam pada itu, Siti Mariah turut menyelar kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa negeri itu kini mengalami kekurangan vaskin.

“Nampak benar menteri tak tahu masalah di bawah. Selangor ada kapasiti untuk buat lebih. Kalau buat begitu, selepas beberapa hari, ada PPV yang kena tutup sementara.

“Jangan berbohong dengan mengatakan bahawa ada bekalan cukup. Don’t lie saying supply cukup. Be truthful or yr nose will get longer,” tulis Siti Mariah dalam Twitternya.

Siti Mariah turut tag Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin di Twitter.

Sebelum ini Khairy berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntuk lebih 20 peratus daripada keseluruhan bekalan yang bakal tiba bulan ini dan Julai untuk disalurkan ke Selangor.

Katanya, langkah itu bagi memastikan negeri berkenaan berupaya mencapai sasaran imunisasi sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan penduduk dewasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat