Polis Panggil Siti Bainun Bantu Siasatan Kematian Baby Adam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi membantu siasatan inkuiri melibatkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sebelum ini telah menjalankan siasatan inkuiri berkaitan mangsa.

Kata beliau, kertas inkuiri ini dibuka untuk menentukan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian bayi tersebut

“Sepatutnya suspek telah dirakam keterangan beberapa hari lalu, namun kita terpaksa tangguh kerana suspek sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat di Balai Trafik Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya kini sedang mengesan seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli untuk membantu siasatan berkaitan kes bayi tersebut.

“Individu berkenaan telah mendakwa kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat bayi tersebut.

“Seharusnya individu berkenaan merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, dakwaan yang dikeluarkannya sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian mangsa,” jelasnya.

Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan berkenaan, tiada sebarang unsur jenayah.

Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat