6 MP tidak dapat surat tunjuk sebab dari Bersatu, masih status quo – Syed Abu Hussin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Tak ada surat tunjuk sebab. Setakat ini masih status quo, tak ada apa-apa perubahan, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang akhbar di kediamannya semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah beliau serta enam lagi Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi surat tunjuk sebab oleh Bersatu susulan pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh parti pada 2 Mac lalu.

“Kami yang menjadi penyokong kepada PMX menyokong Kerajaan Madani dan apa yang kami putuskan sesama kami ialah tetap akan membantu dalam apa keadaan sekali, tidak berbelah bahagi.

“Tujuan kami menyokong Perdana Menteri, yang pertama nak stabilkan politik negara. Yang keduanya ialah untuk memperkukuhkan membangunkan ekonomi dan melaksanakan dasar dasar Kerajaan Madani.

“Seterusnya membantu membangunkan kawasan kawasan kami iaitu Jeli, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Gua Musang dan Tanjung Karang,” jelasnya.

Untuk rekod, Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengosongkan kerusi masing-masing.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat