Mila Kunis mohon komuniti global bantu Ukraine

- Advertisement -

Los Angeles: Bintang Hollywood, Mila Kunis yang juga artis kelahiran Ukraine mengambil sedikit waktu ketika mengumumkan calon-calon kategori Lagu Terbaik di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) dengan menekankan mengenai situasi perang yang melanda negara itu.

“Situasi yang berlaku membuatkan ramai dalam kalangan kita marah dan kecewa.

“Bila kita melihat semangat dan maruah mereka yang terkesan akibat perkara bencana yang berlaku, mustahil untuk kita tidak berfikir mengenai kesukaran yang mereka alami.

“Sama-sama berikan semangat buat mereka untuk menempuhi perjalanan yang sukar itu,” katanya.

Mila kemudiannya memperkenalkan Reba McEntire yang mempersembahkan lagu Somehow You Do, lagu dari filem Four Good Days.

Selepas persembahan itu selesai, layar lebar di pentas terpapar kata-kata semangat buat mangsa perang di Ukraine.

“Kami ingin kita bertafakur untuk menunjukkan sokongan kepada penduduk Ukraine yang berdepan dengan konflik, peperangan dan prejudis di sana.

“Filem adalah satu saluran untuk kita ekspresikan nilai kemanusiaan. Pada masa sama, hakikatnya, berjuta keluarga di Ukraine perlukan bantuan makanan, perubatan, air bersih dan perkhidmatan kecemasan.

“Sumber-sumber itu semakin menyusut dan kita sebagai satu komuniti global boleh membantu. Kami menyeru anda semua untuk menyokong Ukraine dengan apa cara sekalipun. #standwithukraine,” tulis paparan itu.

Terdahulu, Mila dan suaminya yang juga pelakon, Ashton Kutcher menyumbangkan dana kewangan kepada penduduk Ukraine.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat