Trofi Filem Animasi Terbaik milik Encanto

- Advertisement -

Los Angeles: Filem animasi Disney, Encanto memenangi kategori Filem Animasi Cereka Terbaik di Academy Awards ke-94 (Oscars) yang berlangsung pagi ini.

Filem yang ditayangkan pada November 2021 itu menggunakan suara selebriti terkenal antaranya Stephanie Beatriz, Maria Cecilia Botero, John Leguizamo, Mauro Castillo, Jessica Darrow, Angie Cepeda, Carolina Gaitan, Diane Guerrero dan Wilmer Valderrama.

Encanto yang diarahkan Jared Bush dan Byron Howard mengisahkan mengenai keluarga Madrigal dari Colombia  yang mewarisi kuasa magis.

Watak utamanya, Mirabel yang menggunakan suara Beatriz tidak mewarisi sebarang kuasa atau kelebihan, namun, tanggungjawabnya besar kerana dia perlu menyelamatkan warisan keluarga itu dengan bantuan bapa saudaranya, Bruno yang boleh melihat masa depan.

Lagu OST filem ini, We Don’t Talk About Bruno menjadi lagu yang berada di tempat pertama carta Billboard Hot 100 pada Januari lalu.

Lagu yang ditulis oleh Lin-Manuel Miranda itu menjadi lagu Disney yang berada di kedudukan teratas carta itu sejak kali terakhir diduduki oleh lagu A Whole New World dari filem Aladdin pada 1993.

agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat